BENGKEL PROSES BUKU-BUKU RUJUKAN

Aktiviti Kelab PSS pada 13 Mac 2011 yang lalu ialah memproses buku-buku rujukan. Para pengawas PSS yang sudah mendapat latihan memproses buku kali pertama 2 minggu lepas sudah cekap memproses buku. Pada hari ini sistem automasi juga berfungsi dengan baik maka lebih banyak buku dapat dimasukkan dalam komputer. Beberapa orang pengawas PSS membantu guru PSS menceriakan bilik PSS. Diharap dengan adanya bahan rujukan terbaru untuk PMR dan SPM ini akan dapat membantu meningkatkan pencapaian cemerlang para pelajar STP bagi tahun 2011. Buku-buku rujukan ini boleh dipinjam mulai minggu depan apabila telah siap dimasukkan data dalam sistem automasi. Semua pelajar digalakkan meminjam buku-buku di PSS kerana kelas terbanyak pinjaman akan mendapat hadiah bagi bulan April ini. Ilmu dicari bukannya ilmu datang sendiri. selamat membaca...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan