Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan

12 Jun - Hari ini merupakan hari terakhir cuti pertengahan penggal pertama. Pelajar asrama kembali ke sekolah lebih awal berbanding pelajar luar. Semua pelajar datang dengan harapan ke stp. Kami harap para pelajar semua akan pulang dengan kejayaan akhir tahun ini. Bagi pelajar Tingkatan 3 peperiksaan PMR tinggal 108 hari lagi dan peperiksaan SPM 163 hari lagi untuk berjuang. Pada penggal kedua ini marilah sama-sama kita berjuang untuk menjadi pelajar cemerlang yang menjadi kebanggaan ibu bapa, sekolah dan guru. Paling penting memberi kepuasan sebagai seorang pelajar yang telah berjuang hampir 3 tahun atau hampir 5 tahun. Ingatlah kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa. Berkorban untuk masa yang sedikit demi kehidupan yang masih jauh ke hadapan..lupakan seketika soal-soal remeh temeh yang melalaikan dan tidak memberi faedah. selamat kembali ke stp dan selamat berjuang... kerana perjuangan belum selesai lagi...bangsa membaca bangsa berjaya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan