ceramah selangkah sejuta ilmu





9 julai- Seramai 20 pengawas PSS telah terpilih menyertai sesi ceramah selangkah sejuta ilmu yang diadakan di Perpustakaan Desa Kg Seri Kesang pada hari ini. Selain mengikuti sesi ceramah yang di sampaikan oleh Jabatan Pertahanan Awam dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan para pelajar juga dapat menambah maklumat melalui pameran yang diadakan oleh jabatan kesihatan-pemeriksaan kesihatan dan gigi, Jabatan Pertahanan awam, AADK, Zoo Melaka, Jabatan Penerangan Malaysia dan perpustakaan Desa.Majlis ini telah dirasmikan oleh YB En Mohd Yazed bin Hj Khamis ADUN Kawasan Rim. Masyarakat setempat memberikan sambutan yang menggalakkan kepada program ini. Kepada para pelajar diharapkan mendapat manfaat yang besar daripada sesi ceramah yang diikuti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan