HARI KECEMERLANGAN KO KURIKULUM STP

Tanggal 20 dan 21 julai merupakan tarikh bersejarah bagi pelajar dan guru stp kerana menjayakan kemuncak hari kokurikulum. Pelajar didedahkan dengan aktiviti perkhemahan, kawat kaki dan pesta niaga selain ceramah dan pameran. Hari kokurikulum bermula pada petang rabu dengan para pelajar membina khemah manakala pelajar lain menghias gerai dan memulakan jualan. Selain pendedahan aktiviti jualan pelajar juga dilatih tentang nilai-nilai murni kerjasama, jujur, berdikari, kebersihan keceriaan, keyakinan dan keberanian. Terdapat 21 gerai jualan dan ada pameran daripada Jabatan Pertahanan Awam. Bagi kelab PSS pelajar menjalankan jualan air dan menjual mee goreng dan kowteaw goreng selain mengadakan tayangan filem. Sesungguhnya hari kokurikulum ini memberi banyak manfaat kepada semua pelajar dan guru. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang menjayakan hari kokurikulum kali ini.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan