MESYUARAT GURU KALI 1

tarikh : 30 dis 2011 hari : Jumaat masa : 8.00pagi tempat : pss semua guru dijemput hadir. tq

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah 26 Pelajar Cemerlang PMR

1. NURFAIZAH MOHD ISA 2. NURUL NADIAH JASMAN 3. NURUL ANIDA MD ROFLI 4. MUHAMMAD ZULFIKAR AMIR ZORKEEFLY 5. NUR ANIS ALIYAH YAZID 6. AMIRUL HADI MUSTAPAH 7. MUHAMAD HANIF SAFWAN ABD RAZAK 8. NAZIRAH MAHMUD 9. NOR NADIA MOHD NORDIN 10.NURSHAZWANY ANIS AZHAR 11.MUHAMMAD ALI IMRAN RAZALI 12.NUR ATHIRAH MOHD SUHAIMI 13.NUR AMIRA ITHNAN 14.MUHAMMAD FIRAS IZZAT SEMAN 15.NURLIDA MOHD DALI 16.FILZAH DARWISYAH JAMALUDDIN 17.IYADH HAZIQ WAN YUSOF 18.MUHAMMAD NASRUL HAKIMI RAMLI 19.MUHAMMAD SHAZWAN AMIRUL ABD RAHAMAN 20.NOOR AFIQ OTHMAN 21.ERNI NATASYA ZAMRI TEOH 22.HAJAR HUMAIRA RAMLAN 23.AMIRA SYUHADAH ABD RAZAK 24.MUHAMMAD HARITH SYAFIQ JASMANI 25.NUR ATIKA HAFIZAH ABDUL KADIR 26.KHAIRUNNISA ZAINAL TAHNIAH....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

26 PELAJAR CIPTA 9A

22 Dis 2011, Hari ini diumumkan keputusan PMR diseluruh Malaysia. Tahniah diucapkan kepada 26 pelajar STP yang mencipta kegemilangan dengan mendapat 9A. Kejayaan cemerlang ini tentulah hasil usaha semua pihak di Stp terutamanya pelajar sendiri selain guru yang mengajar dan ibu bapa yang menyokong penuh pelajaran anak-anak. Air mata gembira terpancar pada wajah-wajah pelajar yang mendapat 9A kerana tidak menyangka akan mendapat kejayaan penuh ini. Inilah pelajar-pelajar tersebut untuk tatapan semua.

TAHNIAH...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom Belajar Melalui Eduwebtv

Salam sejahtera kepada semua warga pelajar stp. Sedang buat apa tu? Jangan asyik bermain game dab facebook saja. Marilah belajar melalui laman eduwebtv. Cara-caranya:- 1. layari ke laman web eduwebtv- www.eduwebtv.com.my 2. di papan log in taipkan KATA LALUAN - PELAJAR STP dan PASSWORD - 1234 3. sekarang bolehlah melihat playlist yang telah cikgu buat mengikut subjek. 4. apabila sesi pembelajaran tamat. jangan lupa LOG OUT 5. selamat belajar dan bercuti... Jumpa lagi tahun depan INSYAALLAH...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SENAMROBIK ..OH..SENAMROBIK

Badan yang sihat, otak cergas... satu program senamrobik telah diatur kepada para pelajar selepas peperiksaan. Tujuannya untuk mengisi masa lapang dan menjamin pelajar sentiasa sihat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kem membaca 1 malaysia

31 okt hingga 4 nov telah berlangsung kem membaca 1 malaysia di stp. semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 terlibat dalam program ini. antara aktiviti membaca yang dijalankan ialah program iqra dan membaca bersama serentak pada 2 nov 20101.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

perjuangan bermula...

14 nov 2011. Perjuangan bermula bagi 97 calon spm smktp. Perjuangan selama 5 tahun di stp akan berakhir tidak lama lagi iaitu 14 Dis 2011. Selepas tarikh ini anak-anak didik stp akan bercemperalah di seluruh alam ini meneruskan perjuangan hidup sendiri setelah 5 tahun kami asuh dan didik disini. bagi anak-anak yang lepas-lepas kelihatannya kejayaan menyebelahi mereka. hampir kesemuanya berjaya didunia ini dan harapnya berjaya juga diakhirat nanti. sesungguhnya tiada apa yang diharapkan selain melihat kejayaan kepada anak-anak walau dimana mereka berada. teruskan berjuang bagi yang sedang berjuang. dan yang akan datang ke stp anda dialu-alukan untuk bersama kami disini meniti perjuangan yang belum selesai...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ceria merdeka di stp

mulai 16 ogos lalu seluruh kawasan sekolah telah diwarnai dengan jalur gemilang. Terdapat pelbagai aktiviti bagi menyambut ceria merdeka tahun ini. Sambutan dimulakan dengan perasmian bulan patriotik. seterusnya terdapat aktiviti seperti pertandingan menghais kelas bilik-bilik khas dan mencipta kad serta blog sejarah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

selamat kembali ke stp lagi

4 Sept.-Cuti sekolah telah berakhir, hari ini semua pelajar asrama telah kembali. Ada yang kembali dengan baju raya ada yang setia dengan baju batik telah dihantar ibu bapa kembali ke sekolah. Esok bermulalah kembali perjuangan yang belum selesai ini. Pelajar dan guru-guru akan kembali berjuang terutamanya pelajar yang bakal menempuh peperiksaan besar PMR (23 hari lagi) dan SPM(78 hari lagi). Pelajar lain juga tidak kurangnya untuk mencapai kedudukan terbaik dan ditempatkan di kelas yang lebih baik pada tahun hadapan. Selamat kembali k esekolah dan selamat membaca. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Merdeka bagi seorang pelajar adalah kebebasan diri daripada tidak tahu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAJLIS PELANCARAN BULAN PATRIOTIK

22 OGOS- Perhimpunan pada pagi ini menjadi istimewa kerana diadakan majlis Pelancaran Bulan Patriotik. Sambutan dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Negaraku, Melaka Maju Jaya, dan Maju Terus STP. Seterusnya guru bertugas mingguan menyampaikan laporan. Majlis seterusnya ialah penyampaian buku kepada para warden untuk Pertandian Asrama Gemilang 2012. Seterusnya penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Aktiviti Galakan Membaca Program NILAM. Gimik pelancaran bulan patriotik ialah Tuan Pengetua dan Tuan Penolong Kanan menandatangani peristiharan Kemerdekaan dan Penyerahan Bunga Kebangsaan sebagai cenderamata kepada perasmi. Pelajar dan guru beramai-ramai menyanyikan lagu jalur gemilang sebagai tanda sambutan bulan patriotik di SMK Tun Perak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan Datang Lagi

1 ogos - Selamat berpuasa diucapkan kepada semua warga smk tun perak. Di bulan mulia ini perbanyakkan amalan pada waktu siang dan malam. Jadikanlah ramadhan kali ini ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Mungkinkah ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhir untuk kita. Marilah beramal di bulan mulia ini. Bagi para pelajar belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan yang mendatang. selamat berpuasa semua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ujian selaras 2

25 julai- Tahap pengetahuan pelajar diuji bermula hari ini hingga 4 og0s akan datang. Walaupun masa yang diperuntukkan untuk menjawab satu-satu kertas selama 1 jam namun pengetahuan pelajar diuji kerana soalan yang meliputi pelbagai aras soalan. Kelas tambahan juga ditunda pada minggu ini bagi memberi ruang kepada para pelajar untuk belajar sendiri dan berdikari. Pelajar juga dapat menyusun jadual belajar sendiri disamping belajar secara berkumpulan. Perhimpunan pagi juga ditiadakan bagi memberi ruang kepada para pelajar untuk belajar di saat akhir disamping membaca nota ringkas dan membuat ulangkaji terakhir. kepada para pelajar jangan sia-siakan peluang dan ruang yang diberi. Pastikan anda pulang dengan kejayaan apabila menginggalkan stp nanti. selamat menjawab.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HARI KECEMERLANGAN KO KURIKULUM STP

Tanggal 20 dan 21 julai merupakan tarikh bersejarah bagi pelajar dan guru stp kerana menjayakan kemuncak hari kokurikulum. Pelajar didedahkan dengan aktiviti perkhemahan, kawat kaki dan pesta niaga selain ceramah dan pameran. Hari kokurikulum bermula pada petang rabu dengan para pelajar membina khemah manakala pelajar lain menghias gerai dan memulakan jualan. Selain pendedahan aktiviti jualan pelajar juga dilatih tentang nilai-nilai murni kerjasama, jujur, berdikari, kebersihan keceriaan, keyakinan dan keberanian. Terdapat 21 gerai jualan dan ada pameran daripada Jabatan Pertahanan Awam. Bagi kelab PSS pelajar menjalankan jualan air dan menjual mee goreng dan kowteaw goreng selain mengadakan tayangan filem. Sesungguhnya hari kokurikulum ini memberi banyak manfaat kepada semua pelajar dan guru. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang menjayakan hari kokurikulum kali ini.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PROGRAM BAHASA ARAB DI STP

15 JULAI- Satu program memantapkan bahasa Arab diadakan di STP bermula hari ini hingga ahad ini. Semua sekolah menengah di negeri Melaka yang mempunyai pelajar yang mengambil aliran bahasa arab telah berkampung di stp. Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Ahlan wasahlan diucapkan kepada semua peserta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pameran alam sekitar di stp





12 julai- pelajar stp bertuah apabila pihak jabatan alam sekitar telah mengadakan pameran alam sekitar di kafetaria stp. Pameran dengan kerjasama Panitia Geografi ini mendapat sambutan menggalakan daripada pelajar dan guru. tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang memberi pendedahan kepada pelajar stp tentang kepentingan alam sekitar dan keburukan pencemaran alam sekitar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

lawatan pemantauan jemaah nazir

11 julai- satu lawatan pemantauan jemaah nazir telah diadakan di smk perak hari ini. para nazir diberi taklimat tentang sekolah oleh tuan pengetua, seterusnya para nazir memantau fail-fail panitia yang disediakan di bilik mesyuarat, tidak ketinggalan juga para nazir memantau ke kelas-kelas untuk melihat pengajaran dan pembelajaran menggunakan ict. lawatan ke bilik-bilik khas juga diadakan seperti ke makmal komputer, bilik cc, pusat sumber dan bilik tayang serta ke bilik guru. tahniah diucapkan kepada para pelajar dan para guru yang memberikan kerjasama dalam menjayakan lawatan ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ceramah selangkah sejuta ilmu





9 julai- Seramai 20 pengawas PSS telah terpilih menyertai sesi ceramah selangkah sejuta ilmu yang diadakan di Perpustakaan Desa Kg Seri Kesang pada hari ini. Selain mengikuti sesi ceramah yang di sampaikan oleh Jabatan Pertahanan Awam dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan para pelajar juga dapat menambah maklumat melalui pameran yang diadakan oleh jabatan kesihatan-pemeriksaan kesihatan dan gigi, Jabatan Pertahanan awam, AADK, Zoo Melaka, Jabatan Penerangan Malaysia dan perpustakaan Desa.Majlis ini telah dirasmikan oleh YB En Mohd Yazed bin Hj Khamis ADUN Kawasan Rim. Masyarakat setempat memberikan sambutan yang menggalakkan kepada program ini. Kepada para pelajar diharapkan mendapat manfaat yang besar daripada sesi ceramah yang diikuti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

majlis perjumpaan guru dan ibu bapa T3 dan T5

8 Julai- Pada pagi jumaat yang mulia ini telah diadakan majlis perjumpaan guru dengan ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. Majlis ringkas ini dihadiri hampir 90peratus ibu bapa yang prihatin dengan masa depan anak-anak mereka. Di kesempatan ini ibu bapa sempat bertanyakan permasalahan anak-anak disamping mengetahui keputusan pencapaian akademik anak-anak. Ibu bapa juga dapat saling mengenal guru-guru yang mengajar anak-anak mereka disamping dapat mengetahui perkembangan akademik anak-anak. majlis ini berjalan dengan lancar. terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi datang dan kepada para guru terima kasih cikgu. Tanpa cikgu siapalah saya....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pameran Buku

7 Julai- satu pameran buku telah diadakan di kafetaria STP pada hari ini. Semua pelajar stp bergilir-gilir mengunjungi pameran ini yang diadakan oleh iskep negeri melaka anjuran panitia sejarah. pameran ini diharap membawa impak yang besar kepada warga stp dalam menanam nilai patriotik yang kian layu dijiwa anak-anak didik dewasa ini. selamat membaca kerana bangsa membaca bangsa berjaya...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bengkel Teknik Belajar

5 Julai- Satu bengkel teknik belajar telah diadakan di Surau Al Badar pada hari ini. Peserta bengkel terdiri daripada semua pelajar tingkatan 1 dan 2 stp. Penyampai bengkel adalah kaunselor stp sendiri iaitu En. Zulhelmi dibantu oleh Pn. Samiah. semua pelajar mendapat manfaat daripada bengkel sepetang ini. Pesanan ilmu yang tidak diamalkan umpama pohon yang tidak berbuah. selamat belajar anak-anakku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah kepada Penerima APC

Sekalung tahniah diucapkan kepada enam orang guru stp yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang APC bagi tahun 2010. Guru-guru tersebut ialah Pn. Hjh Rokiah, Pn. Hjh Sharimah, Tn. Hj Jamil, Tn Hj Rizual Azam, En. Alim dan Pn. Faezah. Tahniah dan selamat maju jaya. Teruskan usaha anda untuk meningkatkan kecemerlangan stp. Kepada guru lain adalah juga cemerlang. Mungkin tahun depan giliran anda pula. tahniah... maju terus stp..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LARIAN 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Tepat jam 7.45 pagi bermulalah larian 1sukan 1 Malaysia bagi semua warga smk tun perak digabungkan dengan semua warga smk jasin. Kira-kira 2000 pelajar dan guru yang menyertai larian ini. Larian serentak 1 Malaysia ini juga dijalankan seluruh Malaysia. Semua pelajar berjaya menamatkan larian ini pada jam 8.30pagi. syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan larian ini. Ingatlah badan sihat, otak cergas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KUIZ PENGETAHUAN MENENGAH RENDAH

23 JUN - Pertandingan Kuiz Pengetahuan Menengah Rendah peringkat Derah Jasin telah diadakan di SMK Dang Anum. Sebanyak 17 buah sekolah menengah di jasin telah menghantar peserta untuk kuiz ini. Sekolah Menengah Tun Perak telah menghantar Mohd Firas Izzat bin Seman, Hajar Humairah binti Ramlan, Izzah Farihah binti Anuar dan Nur Siti Aishah binti Mohd Shah sebagai peserta kuiz. Kuiz bertulis yang dijalankan selama 1 jam itu telah dimenangi oleh SMK Iskandar Shah-145 markah,diikuti SBPI Selandar - 138 markah dan SMK Tun Perak 136 markah. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan guru pengiring.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BADAN SIHAT MINDA HEBAT

21 jun- Semua pelajar tingkatan 3 stp telah diberikan suntikan untuk mencegah penyakit kancing gigi. Penjagaan kesihatan diutamakan kepada para pelajar supaya mengelakkan jangkitan penyakit yang bahaya ini. Semua pelajar berkumpul di dewan sekolah dan diberikan taklimat tentaqng kepentingan suntikan ini. Pelajar yang sihat dan cergas di stp tetap meneruskan aktiviti pj dan latihan rumah sukan walaupun telah disuntik. minda sihat dan badan sihat matlamat kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PELANCARAN HARI KOPERASI

20 JUN - merupakan detik bersejarah warga smk tun perak. Pada hari ini diadakan pelancaran Hari Koperasi dengan tema 1 untuk semua dan semua untuk 1. Majlis dirasmikan oleh tuan ppd Jasin En. Yusof bin Ahmad. Perutusan dibaca memulakan majlis didikuti penarikan banner perasmian dan pukulan gong. Semua pelajar dan guru memeriahkan majlis dengan nyanyian lagu koperasi. Seterusnya penyampaian zakat kepada pihak BADAR dan melepaskan anak ikan di kolam koperasi dan menanam pokok durian belanda berhampiran pondok koperasi. Guru dan pelajar diberikan keychain sebagai cenderahati. Majlis diakhiri dengan jamuan vip di aspuri stp. Majulah koperasi untuk semua. Belilah peralatan sekolah anda di kedai koperasi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pemantauan PPD ke STP

14 Jun- seramai 9 Pegawai PPD Jasin diketuai En. Yusof bin Ahmad telah mengadakan pemantauan berkelompok ke STP. Pemantauan bukan mencari kelemahan tetapi ke arah menambah baik bagi semua bidang di STP meliputi pentadbiran, hem, koku dan p&p dalam kelas. Semua warga STP memberikan kerjasama yang baik menyambut para pegawai PPD kearah kemajuan STP sesuai dengan visi stp untuk mencapai sbt menjelang tahun 2015. Maju terus stp... tahniah dan selamat membaca

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan

12 Jun - Hari ini merupakan hari terakhir cuti pertengahan penggal pertama. Pelajar asrama kembali ke sekolah lebih awal berbanding pelajar luar. Semua pelajar datang dengan harapan ke stp. Kami harap para pelajar semua akan pulang dengan kejayaan akhir tahun ini. Bagi pelajar Tingkatan 3 peperiksaan PMR tinggal 108 hari lagi dan peperiksaan SPM 163 hari lagi untuk berjuang. Pada penggal kedua ini marilah sama-sama kita berjuang untuk menjadi pelajar cemerlang yang menjadi kebanggaan ibu bapa, sekolah dan guru. Paling penting memberi kepuasan sebagai seorang pelajar yang telah berjuang hampir 3 tahun atau hampir 5 tahun. Ingatlah kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa. Berkorban untuk masa yang sedikit demi kehidupan yang masih jauh ke hadapan..lupakan seketika soal-soal remeh temeh yang melalaikan dan tidak memberi faedah. selamat kembali ke stp dan selamat berjuang... kerana perjuangan belum selesai lagi...bangsa membaca bangsa berjaya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terima menantu

5 Jun- Sekalung tahniah diucapkan kepada Pn. Fauziah dan suami kerana menerima dua menantu sekali gus. Anak perempuan dan lelaki beliau telah sepakat mendirikan rumah tangga pada tarikh yang sama. Majlis kenduri penuh meriah telah dilaksanakan, selamat pengantin baru diucapkan kepada putera dan puteri puan. tahniah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agung

4Jun- Hari ini merupakan hari keputeraan Yang Dipertuan Agung. Setiap tahun tanggal ini diumumkan sebagai hari cuti sempena keputeraan Agung. Selamat bercuti kepada semua bagi pelajar sekolah sudah seminggu bercuti, ada lagi seminggu untuk bercuti. Jangan lupa siapkan kerja sekolah. Cepet-cepat siapkan. jangan bertangguh. selamat bercuti dan membaca buku.. ingatlah bangsa membaca bangsa berjaya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

selamat bercuti

27 Mei - Hari ini adalah perjumpaan terakhir para pelajar dengan para guru stp. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin di surau sekolah. Selepas itu dimulai dengan Tuan Penolong Kanan menyampaikan ucapan dan amanat sempena cuti sekolah kepada pelajar. Guru-guru juga tidak lupa berpesan supaya menjaga keselamatan semasa cuti disamping membuat tugasan kerja rumah. Para pelajar juga diingatkan supaya memenuhi masa lapang dengan membaca buku sekurang-kurang 10 bahan bacaan dan mencatat dalam buku NILAM di samping membuat kerja sekolah yang boleh didapati melalui web sekolah. Selamat bercuti dan membaca buku. Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya. Happy holiday

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kursus membina bog

19 Mei 2011 telah diadakan satu kursus membuat blog kepada guru-guru stp. Seramai 40 guru terlibat. 4 orang fasilitator diketuai cikgu roza telah menjayakan kursus ini. tq

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SAMBUTAN HARI GURU

Pada 16 Mei 2011 yang lalu telah diadakan sambutan hari guru peringkat smk tun perak. Guru penjana transformasi pendidikan negara merupakan tema sambutan pada tahun ini. Namun begitu di SMK Tun Perak masih mengekalkan konsep kesultanan melayu melaka dalam sambutan kali ini. Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan surah yasin, diikuti dengan permainan sukaneka dan bola sepak dan bola tampar bagi guru lelaki. Seterusnya para guru diarak masuk ke dewan terbuka kafeteria untuk menyaksikan persembahan pelajar. Memulakan penghargaan kepada para guru ialah barisan pengawas sekolah diikuti dengan pengawas pusat sumber dan ketua kelas. Persembahan pelajar dimulakan dengan berzanji,nasyid, tarian zapin dan koir serta persembahan multimedia. Guru pula membaca ikrar dan menyanyi lagu guru malaysia untuk memeriahkan lagi acara. Majlis diakhiri dengan upacara memotong kek yang disumbangkan oleh koperasi sekolah dan bank rakyat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERJUANGAN BARU BERMULA

Tanggal 10 Mei bermulalah perjuangan bagi warga STP untuk mencorak kecemerlangan diri, keluarga, sekolah, agama dan bangsa. Bermula dengan pelajar tingkatan 5 menduduki peperiksaan pertengahan tahun diikuti dengan pelajar tingkatan 4 bermula 12 Mei dan pelajar tingkatan 3,2 dan 1 bermula pada 18 Mei 2011. Peperiksaan adalah kayu ukur tahap pengetahuan pelajar selama belajar di STP. Adakah pengajaran dan pembelajaran selama 5 bulan ini cemerlang atau baik atau sederhana atau gagal. Sama-samalah kita lihat keputusan peperiksaan nanti. Adakah kepercayaan ibu bapa bahawa anak-anaknya datang belajar dan tinggal di asrama atau adakah mereka tidak belajar dan membuang masa. tunggu dan lihat... Kepada anak-anak selamat berjuang dan buktikan kebolehan anda. Maju Terus STP...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku Baru di PSS

Buku-buku rujukan PMR dan SPM baru sahaja selesai diproses.
Buku-buku tersebut keluaran:-
1) Nexus PMR dan SPM keluaran Sasbadi
2) Sukses PMR dan SPM keluaran Oxford Fajar
3) Fokus PMR dan SPM keluaran Pelangi
4) Essensi PMR dan SPM keluaran Pearson Longman

Para pelajar boleh membuat rujukan dan boleh meminjam buku-buku tersebut mulai minggu depan. Kerjasama daripada semua pelajar untuk membuat pinjaman dengan smartcard anda. Selamat membaca dan mengulangkaji pelajaran. Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa. PSS Cemerlang, Pelajar Gemilang dan STP Terbilang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat agung pibg kali ke 40 sesi 2011/2012 telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Jasin, Tuan Roslan bin Eusoff B.C.M. pada 30 April yang lalu bertempat di Dewan SMK Tun Perak. Mesyuarat ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa dan guru SMK Tun Perak terutamanya waris pelajar yang tinggal di asrama. Pelajar asrama dibenarkan balik bersama ibu bapa selepas tamat mesyuarat tersebut. Pelbagai usul dibincangkan demi kebaikan para pelajar. sekian..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

peraturan penggunaan komputer di pss

1) mendapat kebenaran guru.
2) melayari laman yang berfaedah sahaja.
3) mencatat nama pengguna komputer dalam buku biru.
4) dilarang save dalam komputer
5) menutup komputer dengan sempurna
6) dilarang buka facebook.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah

Tahniah diucapkan kepada kelas 1A1 kerana terpilih sebagai PSS mini kelas terbaik bagi bulan Mac 2011. Syabas diucapkan kepada semua warga 1A1 yang telah bekerjasama menjayakan Sudut bacaan dalam kelas ini. Tahniah juga diucapkan kepada saudari Farah Nadzirah bt Rostam yang terpilih sebagai pencatat terbanyak buku nilam mulai Jan hingga Mac yang telah mencatat sebanyak 69 buah buku. Kepada pelajar lain peluang menjadi pencatat terbanyak masih ada. Ada 10 hari lagi untuk membaca dan mencatat dalam buku nilam. para pelajar juga digalakkan membuat pinjaman buku di PSS. Kelas yang meminjam paling banyak akan mendapat hadiah bagi bulan April ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

komputer baru

sebuah komputer baru telah diterima daripada pibg untuk mempercepatkan proses automasi di pss. sebuah lagi digunakan untuk pembelajaran kendiri oleh pelajar di stp. diharap para pengawas pss akan menggunakan komputer ini dengan sebaik mungkin untuk menaiktaraf pss menjadikan sebuah pss yang kondusif dan selesa serta bermaklumat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BENGKEL PROSES BUKU-BUKU RUJUKAN

Aktiviti Kelab PSS pada 13 Mac 2011 yang lalu ialah memproses buku-buku rujukan. Para pengawas PSS yang sudah mendapat latihan memproses buku kali pertama 2 minggu lepas sudah cekap memproses buku. Pada hari ini sistem automasi juga berfungsi dengan baik maka lebih banyak buku dapat dimasukkan dalam komputer. Beberapa orang pengawas PSS membantu guru PSS menceriakan bilik PSS. Diharap dengan adanya bahan rujukan terbaru untuk PMR dan SPM ini akan dapat membantu meningkatkan pencapaian cemerlang para pelajar STP bagi tahun 2011. Buku-buku rujukan ini boleh dipinjam mulai minggu depan apabila telah siap dimasukkan data dalam sistem automasi. Semua pelajar digalakkan meminjam buku-buku di PSS kerana kelas terbanyak pinjaman akan mendapat hadiah bagi bulan April ini. Ilmu dicari bukannya ilmu datang sendiri. selamat membaca...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUKU BARU DI PSS

BUKU baru di PSS minggu ini ialah:-
1) 13 keajaiban amalan surah-surah pilihan
2) menyingkap Qiamullail: Tuntutan ibadah tahajud
3) Kehabatan taubat dan rahsianya
4) 15 tanda kehebatan mukjizat rasulullah
5) formula solat sempurna
6) seni persilatan melayu
7) kesultanan raja melayu
8) seni ukir dan kraf tangan
9) perkembangan bahasa melayu
10) budaya tradisional mengagumkan

selamat membaca, Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LATIHAN YG MENCABAR

Latihan Merentas desa pada hari ini sungguh mencabar kerana peserta terpaksa mengharungi hujan lebat. Pada peringkat awal tiada hujan dan awan mendung sahaja. Apabila larian melepasi chek point 2 hujan telah turun gerimis. Perserta dengan penuh semangat meneruskan larian. Hujan bertambah lebat dan pelajar yang agak lambat kebasahan. Jarak larian ialah 7km bagi peserta lelaki dan 5km bagi peserta perempuan. Semua pelajar seronok dengan latihan larian pada hari ini kerana dapat menguji kemampuan disamping dapat main hujan. k badan sihat otak cergas. selamat membaca buku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

karnival sains dan matematik

Pada hari ini diadakan pelancaran karnival Sains dan Matematik peringkat SMK Tun Perak tahun 2011. Tema karnival kali ini ialah Sains dan Matematik Pemangkin Teknologi Masa Kini. Karnival ini akan berlangsung mulai 4 mac hingga 30 mac 2011. Objektif karnival menanam minat pelajar dalam bidang sains dan matematik. Antara aktiviti seperti Lawatan ke Petrosains, Egg Drop, Aerodynamics, Star Seeker, Science Shoe, Kuiz Sains dan Pameran Sains. Hubungi guru sains dan matematik anda untuk menyertai aktiviti tersebut. Sempena karnival ini juga pihak PSS akan mempamerkan buku-buku baru tentang dunia sains dan teknologi. Selamat membaca.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BENGKEL PROSES TEKNIK BUKU

Pada 30 mac 2011 yang lalu satu bengkel proses teknik buku telah diberi kepada pengawas dan guru ajk pss. seramai 40 pengawasa pss terlibat.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku Baru di PSS

Buku baru di PSS STP minggu ini:-
1. Saga
2. Interlock
3. Minister
4. Stumps
Buku-buku ini adalah karya Bahasa Melayu yang diterjemah ke Bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Jom baca. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KURSUS LADAP SIRI 1/2011

Satu LADAP siri 1/2011 telah dijalankan pada 26/3/2011 yang lalu dengan jayanya di PSS SMK Tun Perak. Seramai 50 orang guru telah menghadirinya. Pengisian kursus terdiri daripada 4 slot iaitu Tips Adab Menuntut Ilmu dan Adab Berdoa, Bengkel Team Building, Ceramah Teknik P&P dan ceramah Sekolah Berprestasi Tinggi. Perbagai info dan maklumt terkini telah didedahkan kepada peserta kursus.Harapan pihak pengajur supaya kursus LADAP ini dapat menambah pengetahuan para guru dalam mendidik para pelajar di STP. Guru Cemerlang, Pelajar Gemilang, Sekolah Terbilang...tq

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah Pelajar SPM 2010

Keputusan spm telah diumumkan pada hari ini. Tahniah diucapkan kepada semua calon tahun 2010 yang telah berjaya dengan cemerlang. Semua usaha yang telah dicurahkan telah berbayar pada hari ini. Usaha tangga kejayaan. Anda adalah produk pemikiran anda sendiri. maju terus stp...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Kembali ke Sekolah

Cuti dah berakhir, selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada warga STP untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Hari ini lebih baik dari semalam. Teruskan usaha belajar dan belajar dan maju terus demi masa depan yang masih jauh. Selamat membaca untuk menimpa ilmu dan pengetahuan, jangan lupa mencatat dalam buku nilam anda. Bangsa membaca bangsa berjaya. tq

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Bercuti

kepada semua warga stp. AJK pss mengucapkan selamat bercuti. Di samping membuat tugasan yang diberi guru. amalkan membaca buku. buat catatan ringkas dan bila balik sekolah boleh catat dalam buku nilam.. Selamat bercuti dan selamat membaca.. bangsa membaca, bangsa berjaya...k

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kuiz Eja Betul-betul

Pertandingan kuiz Bahasa Melayu telah dijalankan di PSS hari ini. Seramai 40 peserta telah terlibat. Kategori pertandingan ialah menengah rendah dan menengah atas. setiap kelas telah menghantar dua orang wakil bagi setiap kelas. Tujuan kuiz untuk mengetahui kosa kata dan ketelitian dalam ejaan. Tahniah kepada pelajar yang menyertai...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sumbangan Buku

Tahniah kepada para pelajar STP yang telah menyertai Program Read 2010 anjuran Scolastic tahun 2010 yang lalu. Hasil kerjasama anda membaca selama 2,010. saat di dewan sekolah tersebut. Pihak PSS telah menerima sejumlah 50 buah buku fiksyen inggeris yang terkini dan bermutu. Kepada sesiapa yang berminat menderma buku kepada PSS dialu-alukan. tahniah dan selamat membaca. Bangsa membaca bangsa berjaya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PSS STP Cemerlang

Dlm Laporan Penggredan dan penilaian pps negeri melaka 2010. Pss stp berada di tempat pertama di Daerah Jasin dengan 84.22%. Manakala diperingkat negeri Melaka Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar PSS STP berada di kedudukan ke 9 di Negeri Melaka. Tahniah! dan teruskan usaha.. target 2011 pss cemerlang negeri Melaka. Maju terus STP...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ujian Selaras 1

Selamat menduduki peperiksaan diucapkan pada para pelajar smktp yang sedang menduduki ujian selaras mulai 2/3/11 hingga 4/3/11. selamat menjawab semoga beroleh kejayaan cemerlang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

komputer baru

tahniah kepada pihak PIBG smktp kerana sudi menyumbangkan 2 buah komputer kepada Pihak Pusat Sumber. Dengan adanya komputer baru ini dapatlah membuka peluang kepada pencarian maklumat dalam dunia maya tanpa sempadan. dengan adanya komputer baru juga dapat meningkatkan lagi pembestarian sekolah dalam p%p. harapnya dapatlah digunakan dengan cara yang betul.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pelancaran Bulan Bahasa peringkat smk tp

hari ini bersejarah kerana pelancaran majlis bulan bahasa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Pelancaran Program Nilam

Majlis pelancaran nilam peringkat sekolah telah dijalankan pada 21 Feb 2011 dengan jayanya di Dataran Ilmu, SMKTP. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj Muhd Hairi bin Tamam. Antara aktiviti galakan membaca anjuran PPS seperti sudut bacaan kelas terbaik (bulanan), pencatat buku nilam terbanyak, peminjam terbanyak (kelas)dan Program 5minit Bersama buku sebelum perhimpunan pagi dan pertandingan ulasan buku novel kategori menengah rendah dan buku motivasi kategori menengah atas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ceramah maulidur rasul

satu ceramah yang telah terkesan telah diadakan pada hari ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Datang

Selamat Datang ke Pss SMK Tun Perak, Jasin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS