KEJAYAAN PELAJAR SMKA TUN PERAK

Pertandingan Seni Khat Berkumpulan : Johan Sempena Karnival Pendidikan Melaka di MITC Pertandingan Kalam Jamaai (Koir Bahasa Arab) : Tempat ke 3 Sempena Karnival Pendidikan Melaka di MITC Pertandingan Payung Terjun dan Pelancar Roket : Tempat ke 3 di SMK Simpang Bekoh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAJLIS PELANCARAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK MERIAH

Pada 9 April 2012 telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Sains dan Matematik peringkat SMKA Tun Perak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj Muhd Hairi bin Tamam dengan menarik banner pelancaran dan menarik picu gunung berapi berkembar. Majlis diserikan lagi dengan koir sains daripada pelajar tingkatan 2A3 dan deklamasi sajak. Pelbagai aktiviti menarik seperti pelancaran roket, egg drop, melihat bintang dan lain-lain dirancang akan diadakan pada bulan ini. Semua pelajar SMKA Tun Perak digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KUTIPAN DATA NILAM

Mulai 1 April semua pelajar diminta menghantar buku NILAM kepada guru BM anda untuk dibuat pengesahan dan rekod bacaan dalam borang kutipan Data i-nilam. Kepada guru-guru BM pula diminta menyerahkan borang tersebut kepada Guru NILAM untuk dimasukkan data secara on-line dalam Tarantula I-Nilam. Terima kasih atas kerjasama semua pihak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS