MAJLIS PELANCARAN BULAN PATRIOTIK

22 OGOS- Perhimpunan pada pagi ini menjadi istimewa kerana diadakan majlis Pelancaran Bulan Patriotik. Sambutan dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Negaraku, Melaka Maju Jaya, dan Maju Terus STP. Seterusnya guru bertugas mingguan menyampaikan laporan. Majlis seterusnya ialah penyampaian buku kepada para warden untuk Pertandian Asrama Gemilang 2012. Seterusnya penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Aktiviti Galakan Membaca Program NILAM. Gimik pelancaran bulan patriotik ialah Tuan Pengetua dan Tuan Penolong Kanan menandatangani peristiharan Kemerdekaan dan Penyerahan Bunga Kebangsaan sebagai cenderamata kepada perasmi. Pelajar dan guru beramai-ramai menyanyikan lagu jalur gemilang sebagai tanda sambutan bulan patriotik di SMK Tun Perak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS