smka Tun Perak calon sekolah kluster 2012

Pada bulan julai ini, smka Tun Perak akan dinilai untuk anugerah sekolah kluster 2012.  Semua warga smka Tun Perak bekerjasama untuk menjayakan sekolah kearah sekolah kluster.  kepada para penilai sekolah kluster diucapkan selamat datang dan ahlan wasahlan semoga kejayaan menyebelahi smka Tun Perak.  Maju terus smka Tun Perak....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AYAHANDA PERGI, BONDA DATANG

Tanggal 16 Jun adalah tarikh akhir ayahanda pengetua, Tuan Hj Muhd Hairi bin Tamam berkhidmat di SMK (A) Tun Perak. Khabarnya kerusi ayahanda akan dipegang oleh seorang bonda yang akan datang tidak lama lagi. Pada pagi jumaat yang mulia, majlis bacaan yasin diadakan di surau. Selepas itu semua guru dan pelajar berkumpul di Dataran Ilmu untuk mendengar amanat terakhir ayahanda. Seterusnya majlis penyampaian cenderahati kepada ayahanda yang akan berpindah ke SMK (A) Sultan Muhammad Batu Berendam. Semua guru dan pelajar berbaris di laluan ke pagar utama untuk menghantar ayahanda ke kereta. Pelajar dan guru bersalaman dengan ayahanda.. Tahniah kepada ayahanda kerana dinaikkan pangkat menjadi pengetua cemerlang..selamat berkhidmat disekolah baru...maju terus satp...amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEJAYAAN PELAJAR SMKA TUN PERAK

Pertandingan Seni Khat Berkumpulan : Johan Sempena Karnival Pendidikan Melaka di MITC Pertandingan Kalam Jamaai (Koir Bahasa Arab) : Tempat ke 3 Sempena Karnival Pendidikan Melaka di MITC Pertandingan Payung Terjun dan Pelancar Roket : Tempat ke 3 di SMK Simpang Bekoh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAJLIS PELANCARAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK MERIAH

Pada 9 April 2012 telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Sains dan Matematik peringkat SMKA Tun Perak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj Muhd Hairi bin Tamam dengan menarik banner pelancaran dan menarik picu gunung berapi berkembar. Majlis diserikan lagi dengan koir sains daripada pelajar tingkatan 2A3 dan deklamasi sajak. Pelbagai aktiviti menarik seperti pelancaran roket, egg drop, melihat bintang dan lain-lain dirancang akan diadakan pada bulan ini. Semua pelajar SMKA Tun Perak digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KUTIPAN DATA NILAM

Mulai 1 April semua pelajar diminta menghantar buku NILAM kepada guru BM anda untuk dibuat pengesahan dan rekod bacaan dalam borang kutipan Data i-nilam. Kepada guru-guru BM pula diminta menyerahkan borang tersebut kepada Guru NILAM untuk dimasukkan data secara on-line dalam Tarantula I-Nilam. Terima kasih atas kerjasama semua pihak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkhemahan unit uniform

Pada 23 hingga 25 mac telah diadakan perkhemahan unit uniform. seramai 110 orang pelajar yang mewakili 11 unit uniform terlibat. Aktiviti semasa pekhemahan seperti kembara rimba, pertandingan memasak, komando, ikatan dan pertolongan cemas telah berjaya diadakan. aktiviti kebudayaan dijalankan pada malam perasmian. Tujuan perkhemahan diadakan untuk melatih pelajar bekerjasama, berdikari, bersatu dan memberi pengetahuan baru tentang kehidupan. semoga para pelajar mendapat pengetahuan baru untuk membina jati diri yang unggul.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelancaran Program Guru Penyayang stp

Pada 16 Mac lalu diadakan majlis pelancaran program Guru Penyayang peringkat sekolah.  Dalam Majlis tersebut  Pegawai PPD Jasin, En Fuad bin Ali telah sudi merasmikan majlis tersebut.  Seramai 9 orang pelajar yang lahir pada minggu ini telah diraikan dengan memotong kek dan menyanyikan lagu selamat hari jadi.  Sesungguhnya program mulia ini telah diamalkan oleh seluruh warga tun perak yang menganggap pelajar seperti anak-anak sendiri,  segala teguran dan nasihat tidak lekang diberikan guru bagi memastikan anak pelajar berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS