Ramadhan Datang Lagi

1 ogos - Selamat berpuasa diucapkan kepada semua warga smk tun perak. Di bulan mulia ini perbanyakkan amalan pada waktu siang dan malam. Jadikanlah ramadhan kali ini ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Mungkinkah ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhir untuk kita. Marilah beramal di bulan mulia ini. Bagi para pelajar belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan yang mendatang. selamat berpuasa semua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ujian selaras 2

25 julai- Tahap pengetahuan pelajar diuji bermula hari ini hingga 4 og0s akan datang. Walaupun masa yang diperuntukkan untuk menjawab satu-satu kertas selama 1 jam namun pengetahuan pelajar diuji kerana soalan yang meliputi pelbagai aras soalan. Kelas tambahan juga ditunda pada minggu ini bagi memberi ruang kepada para pelajar untuk belajar sendiri dan berdikari. Pelajar juga dapat menyusun jadual belajar sendiri disamping belajar secara berkumpulan. Perhimpunan pagi juga ditiadakan bagi memberi ruang kepada para pelajar untuk belajar di saat akhir disamping membaca nota ringkas dan membuat ulangkaji terakhir. kepada para pelajar jangan sia-siakan peluang dan ruang yang diberi. Pastikan anda pulang dengan kejayaan apabila menginggalkan stp nanti. selamat menjawab.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HARI KECEMERLANGAN KO KURIKULUM STP

Tanggal 20 dan 21 julai merupakan tarikh bersejarah bagi pelajar dan guru stp kerana menjayakan kemuncak hari kokurikulum. Pelajar didedahkan dengan aktiviti perkhemahan, kawat kaki dan pesta niaga selain ceramah dan pameran. Hari kokurikulum bermula pada petang rabu dengan para pelajar membina khemah manakala pelajar lain menghias gerai dan memulakan jualan. Selain pendedahan aktiviti jualan pelajar juga dilatih tentang nilai-nilai murni kerjasama, jujur, berdikari, kebersihan keceriaan, keyakinan dan keberanian. Terdapat 21 gerai jualan dan ada pameran daripada Jabatan Pertahanan Awam. Bagi kelab PSS pelajar menjalankan jualan air dan menjual mee goreng dan kowteaw goreng selain mengadakan tayangan filem. Sesungguhnya hari kokurikulum ini memberi banyak manfaat kepada semua pelajar dan guru. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang menjayakan hari kokurikulum kali ini.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PROGRAM BAHASA ARAB DI STP

15 JULAI- Satu program memantapkan bahasa Arab diadakan di STP bermula hari ini hingga ahad ini. Semua sekolah menengah di negeri Melaka yang mempunyai pelajar yang mengambil aliran bahasa arab telah berkampung di stp. Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Ahlan wasahlan diucapkan kepada semua peserta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pameran alam sekitar di stp





12 julai- pelajar stp bertuah apabila pihak jabatan alam sekitar telah mengadakan pameran alam sekitar di kafetaria stp. Pameran dengan kerjasama Panitia Geografi ini mendapat sambutan menggalakan daripada pelajar dan guru. tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang memberi pendedahan kepada pelajar stp tentang kepentingan alam sekitar dan keburukan pencemaran alam sekitar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

lawatan pemantauan jemaah nazir

11 julai- satu lawatan pemantauan jemaah nazir telah diadakan di smk perak hari ini. para nazir diberi taklimat tentang sekolah oleh tuan pengetua, seterusnya para nazir memantau fail-fail panitia yang disediakan di bilik mesyuarat, tidak ketinggalan juga para nazir memantau ke kelas-kelas untuk melihat pengajaran dan pembelajaran menggunakan ict. lawatan ke bilik-bilik khas juga diadakan seperti ke makmal komputer, bilik cc, pusat sumber dan bilik tayang serta ke bilik guru. tahniah diucapkan kepada para pelajar dan para guru yang memberikan kerjasama dalam menjayakan lawatan ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ceramah selangkah sejuta ilmu





9 julai- Seramai 20 pengawas PSS telah terpilih menyertai sesi ceramah selangkah sejuta ilmu yang diadakan di Perpustakaan Desa Kg Seri Kesang pada hari ini. Selain mengikuti sesi ceramah yang di sampaikan oleh Jabatan Pertahanan Awam dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan para pelajar juga dapat menambah maklumat melalui pameran yang diadakan oleh jabatan kesihatan-pemeriksaan kesihatan dan gigi, Jabatan Pertahanan awam, AADK, Zoo Melaka, Jabatan Penerangan Malaysia dan perpustakaan Desa.Majlis ini telah dirasmikan oleh YB En Mohd Yazed bin Hj Khamis ADUN Kawasan Rim. Masyarakat setempat memberikan sambutan yang menggalakkan kepada program ini. Kepada para pelajar diharapkan mendapat manfaat yang besar daripada sesi ceramah yang diikuti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

majlis perjumpaan guru dan ibu bapa T3 dan T5

8 Julai- Pada pagi jumaat yang mulia ini telah diadakan majlis perjumpaan guru dengan ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. Majlis ringkas ini dihadiri hampir 90peratus ibu bapa yang prihatin dengan masa depan anak-anak mereka. Di kesempatan ini ibu bapa sempat bertanyakan permasalahan anak-anak disamping mengetahui keputusan pencapaian akademik anak-anak. Ibu bapa juga dapat saling mengenal guru-guru yang mengajar anak-anak mereka disamping dapat mengetahui perkembangan akademik anak-anak. majlis ini berjalan dengan lancar. terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi datang dan kepada para guru terima kasih cikgu. Tanpa cikgu siapalah saya....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pameran Buku

7 Julai- satu pameran buku telah diadakan di kafetaria STP pada hari ini. Semua pelajar stp bergilir-gilir mengunjungi pameran ini yang diadakan oleh iskep negeri melaka anjuran panitia sejarah. pameran ini diharap membawa impak yang besar kepada warga stp dalam menanam nilai patriotik yang kian layu dijiwa anak-anak didik dewasa ini. selamat membaca kerana bangsa membaca bangsa berjaya...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bengkel Teknik Belajar

5 Julai- Satu bengkel teknik belajar telah diadakan di Surau Al Badar pada hari ini. Peserta bengkel terdiri daripada semua pelajar tingkatan 1 dan 2 stp. Penyampai bengkel adalah kaunselor stp sendiri iaitu En. Zulhelmi dibantu oleh Pn. Samiah. semua pelajar mendapat manfaat daripada bengkel sepetang ini. Pesanan ilmu yang tidak diamalkan umpama pohon yang tidak berbuah. selamat belajar anak-anakku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah kepada Penerima APC

Sekalung tahniah diucapkan kepada enam orang guru stp yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang APC bagi tahun 2010. Guru-guru tersebut ialah Pn. Hjh Rokiah, Pn. Hjh Sharimah, Tn. Hj Jamil, Tn Hj Rizual Azam, En. Alim dan Pn. Faezah. Tahniah dan selamat maju jaya. Teruskan usaha anda untuk meningkatkan kecemerlangan stp. Kepada guru lain adalah juga cemerlang. Mungkin tahun depan giliran anda pula. tahniah... maju terus stp..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LARIAN 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Tepat jam 7.45 pagi bermulalah larian 1sukan 1 Malaysia bagi semua warga smk tun perak digabungkan dengan semua warga smk jasin. Kira-kira 2000 pelajar dan guru yang menyertai larian ini. Larian serentak 1 Malaysia ini juga dijalankan seluruh Malaysia. Semua pelajar berjaya menamatkan larian ini pada jam 8.30pagi. syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan larian ini. Ingatlah badan sihat, otak cergas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS