KUIZ PENGETAHUAN MENENGAH RENDAH

23 JUN - Pertandingan Kuiz Pengetahuan Menengah Rendah peringkat Derah Jasin telah diadakan di SMK Dang Anum. Sebanyak 17 buah sekolah menengah di jasin telah menghantar peserta untuk kuiz ini. Sekolah Menengah Tun Perak telah menghantar Mohd Firas Izzat bin Seman, Hajar Humairah binti Ramlan, Izzah Farihah binti Anuar dan Nur Siti Aishah binti Mohd Shah sebagai peserta kuiz. Kuiz bertulis yang dijalankan selama 1 jam itu telah dimenangi oleh SMK Iskandar Shah-145 markah,diikuti SBPI Selandar - 138 markah dan SMK Tun Perak 136 markah. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan guru pengiring.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BADAN SIHAT MINDA HEBAT

21 jun- Semua pelajar tingkatan 3 stp telah diberikan suntikan untuk mencegah penyakit kancing gigi. Penjagaan kesihatan diutamakan kepada para pelajar supaya mengelakkan jangkitan penyakit yang bahaya ini. Semua pelajar berkumpul di dewan sekolah dan diberikan taklimat tentaqng kepentingan suntikan ini. Pelajar yang sihat dan cergas di stp tetap meneruskan aktiviti pj dan latihan rumah sukan walaupun telah disuntik. minda sihat dan badan sihat matlamat kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PELANCARAN HARI KOPERASI

20 JUN - merupakan detik bersejarah warga smk tun perak. Pada hari ini diadakan pelancaran Hari Koperasi dengan tema 1 untuk semua dan semua untuk 1. Majlis dirasmikan oleh tuan ppd Jasin En. Yusof bin Ahmad. Perutusan dibaca memulakan majlis didikuti penarikan banner perasmian dan pukulan gong. Semua pelajar dan guru memeriahkan majlis dengan nyanyian lagu koperasi. Seterusnya penyampaian zakat kepada pihak BADAR dan melepaskan anak ikan di kolam koperasi dan menanam pokok durian belanda berhampiran pondok koperasi. Guru dan pelajar diberikan keychain sebagai cenderahati. Majlis diakhiri dengan jamuan vip di aspuri stp. Majulah koperasi untuk semua. Belilah peralatan sekolah anda di kedai koperasi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pemantauan PPD ke STP

14 Jun- seramai 9 Pegawai PPD Jasin diketuai En. Yusof bin Ahmad telah mengadakan pemantauan berkelompok ke STP. Pemantauan bukan mencari kelemahan tetapi ke arah menambah baik bagi semua bidang di STP meliputi pentadbiran, hem, koku dan p&p dalam kelas. Semua warga STP memberikan kerjasama yang baik menyambut para pegawai PPD kearah kemajuan STP sesuai dengan visi stp untuk mencapai sbt menjelang tahun 2015. Maju terus stp... tahniah dan selamat membaca

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan

12 Jun - Hari ini merupakan hari terakhir cuti pertengahan penggal pertama. Pelajar asrama kembali ke sekolah lebih awal berbanding pelajar luar. Semua pelajar datang dengan harapan ke stp. Kami harap para pelajar semua akan pulang dengan kejayaan akhir tahun ini. Bagi pelajar Tingkatan 3 peperiksaan PMR tinggal 108 hari lagi dan peperiksaan SPM 163 hari lagi untuk berjuang. Pada penggal kedua ini marilah sama-sama kita berjuang untuk menjadi pelajar cemerlang yang menjadi kebanggaan ibu bapa, sekolah dan guru. Paling penting memberi kepuasan sebagai seorang pelajar yang telah berjuang hampir 3 tahun atau hampir 5 tahun. Ingatlah kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa. Berkorban untuk masa yang sedikit demi kehidupan yang masih jauh ke hadapan..lupakan seketika soal-soal remeh temeh yang melalaikan dan tidak memberi faedah. selamat kembali ke stp dan selamat berjuang... kerana perjuangan belum selesai lagi...bangsa membaca bangsa berjaya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terima menantu

5 Jun- Sekalung tahniah diucapkan kepada Pn. Fauziah dan suami kerana menerima dua menantu sekali gus. Anak perempuan dan lelaki beliau telah sepakat mendirikan rumah tangga pada tarikh yang sama. Majlis kenduri penuh meriah telah dilaksanakan, selamat pengantin baru diucapkan kepada putera dan puteri puan. tahniah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agung

4Jun- Hari ini merupakan hari keputeraan Yang Dipertuan Agung. Setiap tahun tanggal ini diumumkan sebagai hari cuti sempena keputeraan Agung. Selamat bercuti kepada semua bagi pelajar sekolah sudah seminggu bercuti, ada lagi seminggu untuk bercuti. Jangan lupa siapkan kerja sekolah. Cepet-cepat siapkan. jangan bertangguh. selamat bercuti dan membaca buku.. ingatlah bangsa membaca bangsa berjaya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS