peraturan penggunaan komputer di pss

1) mendapat kebenaran guru.
2) melayari laman yang berfaedah sahaja.
3) mencatat nama pengguna komputer dalam buku biru.
4) dilarang save dalam komputer
5) menutup komputer dengan sempurna
6) dilarang buka facebook.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah

Tahniah diucapkan kepada kelas 1A1 kerana terpilih sebagai PSS mini kelas terbaik bagi bulan Mac 2011. Syabas diucapkan kepada semua warga 1A1 yang telah bekerjasama menjayakan Sudut bacaan dalam kelas ini. Tahniah juga diucapkan kepada saudari Farah Nadzirah bt Rostam yang terpilih sebagai pencatat terbanyak buku nilam mulai Jan hingga Mac yang telah mencatat sebanyak 69 buah buku. Kepada pelajar lain peluang menjadi pencatat terbanyak masih ada. Ada 10 hari lagi untuk membaca dan mencatat dalam buku nilam. para pelajar juga digalakkan membuat pinjaman buku di PSS. Kelas yang meminjam paling banyak akan mendapat hadiah bagi bulan April ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

komputer baru

sebuah komputer baru telah diterima daripada pibg untuk mempercepatkan proses automasi di pss. sebuah lagi digunakan untuk pembelajaran kendiri oleh pelajar di stp. diharap para pengawas pss akan menggunakan komputer ini dengan sebaik mungkin untuk menaiktaraf pss menjadikan sebuah pss yang kondusif dan selesa serta bermaklumat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BENGKEL PROSES BUKU-BUKU RUJUKAN

Aktiviti Kelab PSS pada 13 Mac 2011 yang lalu ialah memproses buku-buku rujukan. Para pengawas PSS yang sudah mendapat latihan memproses buku kali pertama 2 minggu lepas sudah cekap memproses buku. Pada hari ini sistem automasi juga berfungsi dengan baik maka lebih banyak buku dapat dimasukkan dalam komputer. Beberapa orang pengawas PSS membantu guru PSS menceriakan bilik PSS. Diharap dengan adanya bahan rujukan terbaru untuk PMR dan SPM ini akan dapat membantu meningkatkan pencapaian cemerlang para pelajar STP bagi tahun 2011. Buku-buku rujukan ini boleh dipinjam mulai minggu depan apabila telah siap dimasukkan data dalam sistem automasi. Semua pelajar digalakkan meminjam buku-buku di PSS kerana kelas terbanyak pinjaman akan mendapat hadiah bagi bulan April ini. Ilmu dicari bukannya ilmu datang sendiri. selamat membaca...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUKU BARU DI PSS

BUKU baru di PSS minggu ini ialah:-
1) 13 keajaiban amalan surah-surah pilihan
2) menyingkap Qiamullail: Tuntutan ibadah tahajud
3) Kehabatan taubat dan rahsianya
4) 15 tanda kehebatan mukjizat rasulullah
5) formula solat sempurna
6) seni persilatan melayu
7) kesultanan raja melayu
8) seni ukir dan kraf tangan
9) perkembangan bahasa melayu
10) budaya tradisional mengagumkan

selamat membaca, Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LATIHAN YG MENCABAR

Latihan Merentas desa pada hari ini sungguh mencabar kerana peserta terpaksa mengharungi hujan lebat. Pada peringkat awal tiada hujan dan awan mendung sahaja. Apabila larian melepasi chek point 2 hujan telah turun gerimis. Perserta dengan penuh semangat meneruskan larian. Hujan bertambah lebat dan pelajar yang agak lambat kebasahan. Jarak larian ialah 7km bagi peserta lelaki dan 5km bagi peserta perempuan. Semua pelajar seronok dengan latihan larian pada hari ini kerana dapat menguji kemampuan disamping dapat main hujan. k badan sihat otak cergas. selamat membaca buku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

karnival sains dan matematik

Pada hari ini diadakan pelancaran karnival Sains dan Matematik peringkat SMK Tun Perak tahun 2011. Tema karnival kali ini ialah Sains dan Matematik Pemangkin Teknologi Masa Kini. Karnival ini akan berlangsung mulai 4 mac hingga 30 mac 2011. Objektif karnival menanam minat pelajar dalam bidang sains dan matematik. Antara aktiviti seperti Lawatan ke Petrosains, Egg Drop, Aerodynamics, Star Seeker, Science Shoe, Kuiz Sains dan Pameran Sains. Hubungi guru sains dan matematik anda untuk menyertai aktiviti tersebut. Sempena karnival ini juga pihak PSS akan mempamerkan buku-buku baru tentang dunia sains dan teknologi. Selamat membaca.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS