AYAHANDA PERGI, BONDA DATANG

Tanggal 16 Jun adalah tarikh akhir ayahanda pengetua, Tuan Hj Muhd Hairi bin Tamam berkhidmat di SMK (A) Tun Perak. Khabarnya kerusi ayahanda akan dipegang oleh seorang bonda yang akan datang tidak lama lagi. Pada pagi jumaat yang mulia, majlis bacaan yasin diadakan di surau. Selepas itu semua guru dan pelajar berkumpul di Dataran Ilmu untuk mendengar amanat terakhir ayahanda. Seterusnya majlis penyampaian cenderahati kepada ayahanda yang akan berpindah ke SMK (A) Sultan Muhammad Batu Berendam. Semua guru dan pelajar berbaris di laluan ke pagar utama untuk menghantar ayahanda ke kereta. Pelajar dan guru bersalaman dengan ayahanda.. Tahniah kepada ayahanda kerana dinaikkan pangkat menjadi pengetua cemerlang..selamat berkhidmat disekolah baru...maju terus satp...amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan