selamat bercuti

27 Mei - Hari ini adalah perjumpaan terakhir para pelajar dengan para guru stp. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin di surau sekolah. Selepas itu dimulai dengan Tuan Penolong Kanan menyampaikan ucapan dan amanat sempena cuti sekolah kepada pelajar. Guru-guru juga tidak lupa berpesan supaya menjaga keselamatan semasa cuti disamping membuat tugasan kerja rumah. Para pelajar juga diingatkan supaya memenuhi masa lapang dengan membaca buku sekurang-kurang 10 bahan bacaan dan mencatat dalam buku NILAM di samping membuat kerja sekolah yang boleh didapati melalui web sekolah. Selamat bercuti dan membaca buku. Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya. Happy holiday

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kursus membina bog

19 Mei 2011 telah diadakan satu kursus membuat blog kepada guru-guru stp. Seramai 40 guru terlibat. 4 orang fasilitator diketuai cikgu roza telah menjayakan kursus ini. tq

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SAMBUTAN HARI GURU

Pada 16 Mei 2011 yang lalu telah diadakan sambutan hari guru peringkat smk tun perak. Guru penjana transformasi pendidikan negara merupakan tema sambutan pada tahun ini. Namun begitu di SMK Tun Perak masih mengekalkan konsep kesultanan melayu melaka dalam sambutan kali ini. Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan surah yasin, diikuti dengan permainan sukaneka dan bola sepak dan bola tampar bagi guru lelaki. Seterusnya para guru diarak masuk ke dewan terbuka kafeteria untuk menyaksikan persembahan pelajar. Memulakan penghargaan kepada para guru ialah barisan pengawas sekolah diikuti dengan pengawas pusat sumber dan ketua kelas. Persembahan pelajar dimulakan dengan berzanji,nasyid, tarian zapin dan koir serta persembahan multimedia. Guru pula membaca ikrar dan menyanyi lagu guru malaysia untuk memeriahkan lagi acara. Majlis diakhiri dengan upacara memotong kek yang disumbangkan oleh koperasi sekolah dan bank rakyat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERJUANGAN BARU BERMULA

Tanggal 10 Mei bermulalah perjuangan bagi warga STP untuk mencorak kecemerlangan diri, keluarga, sekolah, agama dan bangsa. Bermula dengan pelajar tingkatan 5 menduduki peperiksaan pertengahan tahun diikuti dengan pelajar tingkatan 4 bermula 12 Mei dan pelajar tingkatan 3,2 dan 1 bermula pada 18 Mei 2011. Peperiksaan adalah kayu ukur tahap pengetahuan pelajar selama belajar di STP. Adakah pengajaran dan pembelajaran selama 5 bulan ini cemerlang atau baik atau sederhana atau gagal. Sama-samalah kita lihat keputusan peperiksaan nanti. Adakah kepercayaan ibu bapa bahawa anak-anaknya datang belajar dan tinggal di asrama atau adakah mereka tidak belajar dan membuang masa. tunggu dan lihat... Kepada anak-anak selamat berjuang dan buktikan kebolehan anda. Maju Terus STP...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku Baru di PSS

Buku-buku rujukan PMR dan SPM baru sahaja selesai diproses.
Buku-buku tersebut keluaran:-
1) Nexus PMR dan SPM keluaran Sasbadi
2) Sukses PMR dan SPM keluaran Oxford Fajar
3) Fokus PMR dan SPM keluaran Pelangi
4) Essensi PMR dan SPM keluaran Pearson Longman

Para pelajar boleh membuat rujukan dan boleh meminjam buku-buku tersebut mulai minggu depan. Kerjasama daripada semua pelajar untuk membuat pinjaman dengan smartcard anda. Selamat membaca dan mengulangkaji pelajaran. Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa. PSS Cemerlang, Pelajar Gemilang dan STP Terbilang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat agung pibg kali ke 40 sesi 2011/2012 telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Jasin, Tuan Roslan bin Eusoff B.C.M. pada 30 April yang lalu bertempat di Dewan SMK Tun Perak. Mesyuarat ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa dan guru SMK Tun Perak terutamanya waris pelajar yang tinggal di asrama. Pelajar asrama dibenarkan balik bersama ibu bapa selepas tamat mesyuarat tersebut. Pelbagai usul dibincangkan demi kebaikan para pelajar. sekian..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS