MAJLIS PELANCARAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK MERIAH

Pada 9 April 2012 telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Sains dan Matematik peringkat SMKA Tun Perak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj Muhd Hairi bin Tamam dengan menarik banner pelancaran dan menarik picu gunung berapi berkembar. Majlis diserikan lagi dengan koir sains daripada pelajar tingkatan 2A3 dan deklamasi sajak. Pelbagai aktiviti menarik seperti pelancaran roket, egg drop, melihat bintang dan lain-lain dirancang akan diadakan pada bulan ini. Semua pelajar SMKA Tun Perak digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan